Berkawanlah

Alhamdulillah. Arrived from Kuantan at 9 pm. These few days of Aidiladha feeling great spending time with parents and sibling.

Letih juga sebab semalam gerak ke Kuantan, harini dah pulang ke Johor. Sekejap je rasa, sangat. Tak apalah, abah kata cuma nak ziarah je. Nak tengok rumah dan kehidupan Uda. Nampak macam ok saja, hopefully semuanya baik-baik.

Besok definitely will going back to KL, insyaallah. Malasnya rasakan?

Baru-baru ni juga saya dihujani dengan adik-beradik ipar dan kawan-kawan keliling yang mengandung. Alhamdulillah. Saya seronok mendengar. Tetapi kadang-kadang saya terasa macam, bilalah aku pula nak kahwin dan dapat anak? Orang tak tanya, tapi diri sendiri terfikir spontan. Normal ke?

Dan kawan-kawan saya pun ramai dah tunang dan mendirikan rumahtangga. Saya kadang-kadang sedih juga dengan kawan-kawan yang baik dengan saya ni. Diorang kadang-kadang tunang ke kahwin ke, senyap je. Saya dapat tahupun dari orang lain. Macamtukan kawan sekarang? Time dulu-dulu tengah baik, memanglah baik, sharing everything. Tapi bila dah nak bahagia tu, mungkin kita ni bukan orang yang dia nak kongsi bahagia tu. Kecil hati juga. Tapi nak buat macamana, saya memang senyapkan je. Kalau kau rasa aku ni kawan yang penting, buat apa nak sembunyi? Benda baik dan bahagia kot?

It's ok Kausar. Think positive je. Maybe diorang rasa saya sibuk je 24 jam, lepastu taknak kacau konon-kononnya. Whateverlahkan. Lepasni saya nak kahwinpun senyap-senyap jelahkan. Huhu.. entah bila.

Oklah. Need to rest. Esok nak kena gerak ke KL dah and possibility untuk hadap jem tu sangatlah tinggi. So kawan-kawan, berkawanlah, dan pilihlah.

Noktah.

0 Shreks:

 
;