Friendship Forever - Zati Contest

Salam.

Walaupun entri ini kerana contest dari blog Zati, tetapi aku seronok bila diberi peluang menulis mengenai sahabat di dalam entri ni. Tak menang tak apa, yang penting kepuasan dapat menulis sesuatu yang berharga tentang sahabat kita.

Semua orang pasti inginkan sebuah persahabatan yang indah, bahagia dan banyak kenangan-kenangan manis yang tersimpan. Kalau boleh, setiap detik kita ingin bercerita kepada sahabat kita, apa berlaku hari ini. Seolah-olah, merekalah diari berjalan kita. Ke mana sahaja kita pergi, dia ada bersama. Tak kering gusi bercerita, bercerita dan terus bercerita tanpa henti. Kalau boleh, taknak tidur malam, sebab terlalu banyak hendak di ceritakan. Sayang punya pasal, bagilah chance kawan kita tu tidur. How amazing a friendship can be.

Aku ada ramai kawan yang baik, hebat, rapat dan macam-macam jenis kawan lagi. Kali ini aku share sahabat-sahabat baik aku semasa di kampus. Merekalah sahabat aku yang sentiasa bersama, daripada bangun tidur, pergi kelas, balik kelas, makan tengahari, makan malam, sentiasa bersama. Time lepak malam-malam pun, memang akan tetap bersama. Itulah kehidupan dalam bersahabat ni. Memang best! Sebab kitorang, tak pernah lagi gaduh. Setakat salah faham, mungkin ada. Tetapi, benda tu tak makan masa yang lama.

Ini adalah sebahagian dari sahabat-sahabat yang baik semasa di kampus. Tetapi, aku nak lebih spesifikkan kepada seorang sahabat yang paling rapat dan baik, iaitu Sha. Minta maaf tiada gambar kerana hard disk aku susah nak detect dekat komputer ni. Dalam gambar ni, Sha tak pakai tudung, sweater merah dan berbaju hitam di sebelah dalam. Dialah sahabat paling lama sekali aku kawan sepanjang di kampus.

Perkenalan kami bermula pada hari pertama aku masuk UiTM. Dia daftar sebelum aku. Kami memang dah berpandangan dan senyum-senyum masa di dewan lagi, tetapi tak pula bertegur sapa. Selepas daftar, kami berpisah. Kami diberikan bilik. Masa nak masuk bilik, terkejut! Sebab sebilik dengan dia. Masa tulah persahabatan kami berputik.

Terlalu banyak kenangan. Semasa MMS, kami kena beli baju batik UiTM. Besar sangat baju tu. Jadi, kami plan untuk jahit bahagian bawah baju bagi pendek sikit, sebab baju tu besar. Sha tak pandai jahit, aku tergelak bila tengok dia jahit terkial-kial. Kami pun buat deal, aku jahit, kau gosok. Kami pun bersengkang mata malam tu untuk berjahit dan bergosok. Banyak yang kami borakkan. Sha seorang yang peramah, cukup peramah. Dia ada kembar. Masa tu kembar dia belajar di Sarawak, tetapi dapat di kampus yang sama setahun selepas tahun pertama.

Di mana ada dia, di situ ada aku. Di mana ada aku, di situ ada dia. Itulah ungkapan sahabat-sahabat kami.

Selesai MMS, kami dipindahkan ke kolej yang sama, tetapi bilik yang berbeza. Kami ambil kos yang sama, dan kami ditempatkan di kelas yang sama. Maha Suci Allah menetapkan aku bersama orang yang baik seperti dia. Perhubungan kami sangat rapat. Biasanya aku akan melepak bilik dia, bilik aku jauh sangat. Jadi, tak larat nak jalan jauh.

Selepas semester kedua, kami terpisah. Dia ada masalah subjek, aku clear. Jadi, dia ikut kawan-kawan yang lain. Aku memang sedih. Kitorang rapat, sangat rapat. Bila berbeza kelas dalam kebanyakan subjek, aku rasa tak kena. Aku jadi berseorangan. Tak ada kawan. Aku bukan peramah macam dia, tetapi itulah nasib aku. Perhubungan kami tidak terhenti, masih macam biasa. Dia masih datang bilik aku, masih mesej aku, masih layan dengan baik. Dia memang sahabat yang baik. Banyak benda dia cerita pada aku. Bermakna, aku adalah orang yang di percayai.

Hari demi hari berlalu, rupanya persahabatan kami sudah cecah 3 tahun. Akhirnya kami terpaksa berpisah membawa haluan masing-masing. Sedih? Siapa tak sedih. Kisahnya aku sering ceritakan pada mak dan sahabat-sahabat lain, bahkan dia juga sering menyebut nama aku pada keluarganya. Tetapi sayang, aku tak pernah berkesempatan menziarahi rumahnya kerana perbezaan jarak. Hidup ini, tidak semestinya diberikan kemudahan selalu, tetapi Allah berikan sesuatu yang bermakna untuk kita manfaat dan fikirkan. Sekali gus, mengambil pengajaran daripada seseorang.

Hari ini, aku masih setia mengingati dirinya yang berada di Shah Alam. Doaku semoga dirinya dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik hubungannya dengan Allah swt. Ya, aku tak pernah mampu mengubah dirinya, kerana hidayah itu milik Allah sepenuhnya. Sayangnya aku pada sahabat ini, membuatkan aku menangisi kedaifan aku, kekurangan dan kehinaan aku dihadapan Tuhan. Tiada daya aku ke atas sesuatu melainkan dengan kehendak Allah swt.

Aku bersyukur di atas pertemuan ini, dan aku redha di atas perpisahan itu. Hanya pada Allah sahaja tempat aku kembali. =)

2 Shreks:

zati said...

tq cz join contest zati

sori sgt2 atas kelewatan zati terjah blog nie...

harap sbr tggu keputusannya ye =)

Kay J said...

zati, tq buat contest ni. suka sangat!

 
;