Aksara Pencorak Hidupku

Atas dasar apa kamu ingin menikah?


 Jika aku tanyakan soalan ini kepada anda, apakah jawapan yang akan anda berikan?

Perempuan itu dinikahi kerana 4 perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya atau kerana agamanya. Maka pilihlah berdasarkan agamanya agar selamat dirimu. (Bukhari & Muslim)

Berapa ramai diantara pembaca sekalian yang sedang bercinta saat ini? Maka, apakah tujuannya percintaan itu? Mengumpul dosa sebelum menebusnya selepas bernikah? Atau, bersuai-kenal supaya lebih kenal hati budi tanpa pedulikan hukum milik Allah?

Maka, inilah gunanya ilmu. Allah memberi kata-kata peringatan melalui kitab-Nya Al-Quran. Allah menurunkan Rasulullah SAW sebagai ikutan dan teladan. Maka, dari dua sumber inilah terciptanya banyak buku-buku dan ilmu-ilmu yang tersangatlah banyak sebagai panduan dan pelajaran buat kita. Berapa ramai diantara kita yang membaca makna ayat-ayat didalam al-Quran?

Dan (al-Quran) ini adalah penjelasan (yang sempurna) bagi manusia , agar mereka diberi peringatan dengannya, agar mereka mengetahui bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang yang berakal mengambil pelajaran. (Ibrahim 14:52)

Maka, tercipatalah Di Jalan Dakwah Aku Menikah hasil tulisan saudara Cahyadi Takariawan terbitan Era Intermedia. Harganya tak dapat dikenalpasti kerana tidak dicetak pada cover buku ataupun mana-mana bahagian buku. 223 mukasurat bercetak depan dan belakang serta bertulisan warna hitam tiada warna-warni dicorakkan sebagai penambat hati.


Tiada siapapun di atas muka bumi ini ingin memiliki pasangan hidup yang buruk akhlaknya, jahat, bahkan tidak cantik atau kacak dipandangan mata. Semua orang secara fitrahnya sukakan sesuatu yang indah, sesuatu yang menarik dan sesuatu yang disenangi. Aku kira, kalian yang membaca juga tidak terlepas ingin memastikan bakal suami/isteri kalian adalah seorang yang baik-baik dan bakal memahami kalian bukan?

Jadi, bagaimana caranya?

Jika kita ingin rumah anda kelihatan bersih dan kemas, kita juga perlu mendidik diri untuk menjadi pembersih dan kemas. Apabila diri sudah terdidik, maka secara automatik rumah kita juga pasti akan bersih dan kemas, tempias dari amalan-amalan yang kita laksanakan setiap masa. Begitu juga pasangan kita. Jika kita ingin pasangan kita baik, maka kita juga perlu menjadi baik supaya kelak mereka tidak menyesal memilih kita sebagai pasangan hidup. Bahkan kitalah yang bakal mencorak pasangan kita itu menjadi seorang yang lebih baik dari masa ke semasa.

Bukankah Allah telah berfirman,


Wanita-wanita keji untuk laki-laki keji dan laki-laki keji untuk wanita-wanita keji (pula), dan wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki baik untuk wanita-wanita yang baik. (An-Nur 24:26)

Perkongsian kisah-kisah sahabat kita di Indonesia yang pernah melangsungkan perkahwinan melalui kaedah yang benar disusun dengan sistematik dan mudah difahami. Kini kita melihat kebanyakan mereka berjaya melalui mehnah-mehnah dalam berumahtangga Alhamdulillah dengan jayanya dan Insyaallah akan terus kekal hingga ke syurga. Namun begitu kebanyakan masyarakat kita hari ini terlalu takut untuk menerima gaya perkahwinan yang sedemikian. Ianya dianggap sebagai berlawanan dengan adat melayu. Sedangkan, tidak ada banyak bezanya antara adat dan ajaran agama Islam, pokoknya adalah diri kita sendiri bagaimana ingin mencorakkan cara perkahwinan kita. Melalui prosedur yang betul, dan dibenarkan dalam Islam. Tetapi nafsu kini lebih tinggi maharnya berbanding nilai aqidah. Aqidah itu apa?

Bahkan saudara Cahyadi juga memperincikan perkara-perkara yang perlu dilakukan bermula dari bagaimana mencari calon sehinggalah kepada penghidupan rumahtangga sebenar, ianya bukanlah semanis madu tanpa asli tetapi ianya bakal bercampur dengan pelbagai perisa yang lain, keaslian bakal lenyap. Kenapa? Kerana bukanlah hidup jika tiada ujian dan dugaan. Proses pembaikan diri hendaklah berterusan dan jangan sesekali berhenti! Adakah kita ingin kebaikan itu menjadi milik kita sendirian? Bagaimana dengan anak-anak yang bakal memimpin dunia? Dibiarkan tanpa didikan yang sepatutnya? Kita nak ke lihat anak-anak kita berempit? Dadah? Berzina?

Kalau taknak, mulalah dari sekarang. Bentuk diri terlebih dahulu supaya kelak, anak-anak mudah dibentuk.

Aku suka sangat buku ni. Banyak sangat pengajaran yang boleh diambil terutama bagi mereka yang keliru, apakah sebenarnya cinta? Apakah cinta kita adalah cinta sebenarnya, atau hanya cinta yang bernodakan nafsu semata? Adakah benar cinta kita itu mendapat redha Allah sehingga mampu kekal sampai ke syurga? Siapakah yang layak perolehi cinta kita? Adakah layak lelaki yang pernah menyentuh kulit banyak perempuan diluar sana sebagai pasangan hidup kita? Apa jaminan kita bahawa dia tidak akan bersentuh dengan mana-mana perempuan diluar sana selepas berkahwin? Nauzubillah.

Bacalah. Bacalah supaya anda kenal siapa diri anda. Jika hari ini telah tersangkut dengan mainan cinta berlumurkan maksiat, masih ada hari esok jika nyawa dipanjangkan Insyaallah, untuk bertaubat. Jika nyawa hanya setakat hujung pedang, moga sempat kita bertaubat malam ini juga supaya kelak taubat kita sempat diterima Allah. Tiada lagi istilah SERU BELUM SAMPAI selepas ini. Seruan kita hanyalah seruan kematian.

Sekadar pandangan yang tidak seberapa di atas banyaknya penzinaan yang semakin berleluasa bahkan berebut-rebut untuk dimasukkan ke dalam akhbar. Kecewa dengan cinta yang bermula dengan nafsu dan berakhir dengan dosa yang berganda-ganda. Atas jalan apakah kamu ingin bercinta? Terima kasih kepada beliau membuat contest yang tidak kurang hebatnya. =)

Wallahualam.

2 Shreks:

qamarguyz said...

salam ziarah..
syukran atas penyertaan..
sy da baca & semak, tiada yG salah untuk ditunjukkan =)
bagus buku ni..menyingkap pers0alan cinta hakiki..gaya penulisan anda juga baik.. m0ga berjaya!

Kay J said...

salam sdr..

huhu. buat contest sbb tatau nak update apa utk blog. moga contest bermanfaat mcmni dibuat lg. byk contest yg x bermanfaat berlegar2 di maya ini. =)

terima kasih.

 
;